Monday 27 November 2017

Bellpalsy

Minggu ini sahaja dah 4 orang mengalami masalah Bellpalsy dan bertanyakan untuk terapi yang sesuai untuk bellpalsy. 


Bellpalsy ini apa sebenarnya?

Bellpalsy adalah sejenis kelumpuhan muka yang mengakibatkan ketidakmampuan mengawal otot muka dibahagian terjelas. sama ada kiri atau kanan wajah. Gejala bellpalsy ini berbeza dari peringkat ringat sehingga teruk. Boleh terjadi kekejangan otot wajah, kelemahan atau kehilangan keupayaan untuk senyum dan menutup mata. 

Penyebab Bellpalsy

Secara khususnya tidak dapat diketahui kenapa boleh terjadi kelumpuhan wajah ini. tetapi menurut tcm kelumpuhan wajah ini boleh terjadi disebabkan otot dikuasai oleh organ hati, jika berlaku ekses pada hati atau defisiensi pada hati akan menganggu otot. 
Otot wajah yang terkena PPL akan memberi kesan pada meridian di wajah menjadikan wajah kaku. Selalunya penderita bellpalsy akan terasa sakit apabila terkena angin sejuk dari luar. 

Gejala Bellpalsy

Bellpalsy ini akan menyerang tiba- tiba tetapi kebiasaannya penderita akan rasanya sintom awal :

1) Wajah sebelah terasa sejuk 
2) Lidah terasa kebas
3) Leher dan bahu terasa sakit 
4) Percakapan akan terasa kaku
5) sukar untuk minum atau menelan 



Ada dua jenis bellpalsy. 

1) bellpalsy yang tidak boleh menutup mata. otot wajah kaku tidak bergerak. 
2) bellpalsy yang mata tertutup, otot wajah jatuh ke bawah. mulut mereng ke bawah.


Kaedah pengubatan 
Penderita bellpalsy kebiasaannya akan mendapatkan diagnosa daripada hospital pakar dengan melakukan Mri dan lain-lain untuk mengetahui punya. Pelbagai kemungkinan lain yang terjadi disebabkan darah tinggi, infection virus, tumur otak, penyakit lymp dan saraf dari otak menekat otot dan sebagainya. Kebiasaanya doktor akan beri ubat dan lakukan fisio wajah.

Pengubatan kaedah akupuntur. 

Pengubatan akupuntur telah wujud beribu tahun lampau dari zaman dinasti dan sehingga hari ni akupuntur telah berkembang dan telah banyak membantu dalam kes kesihatan. 
untuk kes bellpalsy, akupuntur memainkan peranan untuk membantu menormalkan tenaga dan memperbaiki jaringan meridian dan organ. 
Seharusnya sangat bagus sebagai terapi untuk bellpalsy. 

Terapi : 5x - 10x terapi dilakukan 2 hari sekali. 


Untuk mendapatkan terapi akupuntur boleh hubungi 

Alhaudh Training and Wellness Centre 
No 8a jalan Pinang d 18/d seksyen 18 shah alam

whatsapp untuk temujanji 
0197524243 





 


Wednesday 15 November 2017

AURIKULAR AKUPUNTUR / AKUPUNTUR TELINGA

Akupuntur telinga adalah salah satu cabang dari akupuntur yang dengan menusuk jarum ata memberi rangsangan pada bahagian - bahagian telinga sehingga menghasilkan pengubatan.

khasiat akupuntur :

  • pada organ tubuh 
  • saraf 
  • anasthesi
  • melancarkan meridian 
  • kolateral 
  • dan sebagai pencegah penyakit. 

Sejarah Akupuntur Telinga

Catatan paling awal yang ditemui dalam buku buku sutra dari penggalian arkeologi pada kubur lama Han Ma Wang Dui No 3 di Changsha China yang berjudul "Sebelah Meridian Moxibasi Kaki dan Tangan / zu bi shi yi mai jiu Jing dan "Sebelas meridian moxibasi Ying Yang / Yin Yang she yi mai jiu cing yang berisi tentang hubungan bahagian telinga dengan kaki atas, mata, pipi, tekak. 

dan seterusnya berkembang dari dynasty ke dynasti seterusnya sehingga hari ini. 


Alatan yang digunakan 

jarum atau jarum khusus yang digunakan untuk akupuntur telinga adalah :
  • jarum akupuntur berukuran 1/2 atau 1 cun
  • magnetic treatment plaster atau ear seeds
  • press needles atau sejenisnya

Akupuntur telinga merangkumi seluruh anggota tubuh dan organ badan. 

Semasa terapi akupuntur dijalankan kita akan :

  1. memastikan telinga dalam keadaan bersih 
  2. alatan distrelize 
  3. diagnose akupuntur telinga 
  4. alatan jarum/ magnetic digunakan.
  5. penerangan kepada customer kaedah picitan dan terapi berlangsung berapa lama.

kaedah yang salah akan melukakan pesakit dan akan tidak akan effektif terapi yang dijalankan

terapi ini sangat bagus untuk :

  • kebas- kebas
  • sakit sakit anggota 
  • sakit sendi 
  • sakit kepala , migrain, pening, pusing
  • mual mual
  • sakit pinggang, bahu, tengkuk, tangan kaki, 
  • sakit saraf 
  • epilepsi
  • parkinson 
  • sakit gigi 
  • sakit rahang 
  • sakit mata
  • gastrik 
  • masalah angin 
  • sakit jantung 
  • masalah kelakian dan kewanitaan 
  • ovari, testis 
  • pelupa 
  • dan lain lain lagi
  • masalah otot 

antara video terapi akupuntur telinga untuk mengurangkan berat badan 
https://www.youtube.com/watch?v=t-FvOKTHCKQ


bagaimana akupuntur telinga ini berfungsi ?

Dari rangsangan titik akupuntur ini akan memberi signal ke otak dan terus ke meridian dan organ. seterusnya merawat ketidakstabilan pada meridian dan organ. 


akupuntur telinga sangat aman boleh dilakukan kepada kanak, kanak, ibu mengandung, pesakit kronik, dan orang tua. 


berminat dapatkan terapi akupuntur telinga ?

hubungi pusat terapi alhaudh 019 7524243 

waktu terapi selasa - ahad
10am - 7 pm 
( hanya temujanji sahaja) 



Thursday 2 November 2017

Khidmat Urutan Bersalin ke rumah Shah Alam


Pusat terapi alhaudh ada menyediakan perkhidmatan :

Urutan Bersalin
Urutan Saraf
Bekam Akupuntur

ke rumah area Shah Alam.


Boleh hubungi 019 7524243 untuk pertanyaan lanjut.




Thursday 24 August 2017

Kursus Asas Facial & Sengkak Wajah 2017



Kursus Asas Facial & Sengkak Wajah menggunakan Produk Mary Jardin. 


Kursus Jangka Masa Pendek selama 1 hari ini sebagai kursus asas kepada stokis dan agen produk kecantikan mendalami bidang facial dan terapi wajah. 

Apa yang dikongsikan dalam kelas adalah 

1)Teori asas terapi wajah.
2) Jenis-jenis Kulit
3)Diagnos dan pemilihan produk yang terbaik untuk pelanggan
4) Teknik Urutan Wajah ( Sengkak Wajah)
5) Teknik penuh facial

Kursus dengan harga yang sangat berbaloi dan disediakan kelengkapan percuma untuk pelajar.


teknik yang diajar tanpa menggunakan elektrikal machine. Kita lebih focus kaedah manual dan natural supaya mudah bagi terapi mengaplikasikan kaedah walau dimana. mesin wap terdapat dalam portable kecil dan besar yang mudah dibawa jika menggunakan service mobile.

Gambar Sekitar Kursus Asas Facial & Sengkak Wajah pada 12 Ogos 2017








Testimoni Pelajar :

 "Sangat baik. Penerangan daripada trainer dengan jelas sekali step by step untuk lakukan facial dan teknik urutan "
 -Nurulnadiah bt Mahzir

"Mahir dalam urutan dan facial,mengetahui point2 saraf di muka, sangat bagus dan bermanfaat, mendapat kelengkapan asas facial"
-Suhana bt Sajari 




Kelas dijalankan sama ada berkumpulan atau berseorangan di Pusat Latihan & Terapi Naturopati Alhaudh 
bertempat :
No 8A Jalan Pinang D 18/d Seksyen 18 40200 Shah Alam

boleh hubungi :
Amalina
0197524243 

Kursus- Kursus Yang dijalankan :
Kursus Urutan Saraf & Renggangan 
Kursus Urutan Bersalin 
Kursus Bekam 
Kursus Facial dan Sengkak Wajah


Sunday 21 May 2017

TERAPI LUTUT , PINGGANG DAN PUNGGUNG DENGAN URUTAN SARAF



Time solat terawih memang berkobar kobar nak habis kan 8 rakaat tapi kaki sakit, pinggang sakit dan tahiyat pun sakit. Tengok orang lain laju je bangun duduk makcik ni sakit lutut tak boleh solat berdiri.Alangkah bagusnya kalau kaki ni kuat, banyak amalan nak kejar waktu bulan Ramadhan.Kesian tengok kan?

Sakit lutut ni ada macam- macam jenis kesakitan yang biasa orang tua alami adalah disebabkan masalah gris pada lutut penyakit yang dipanggil arthritis. Gris habis satu hal, nak berjalan alahai gilunya, otot rasa ketat nak bengkokkan lutut pun sakit.

Ditambah pula sakit menjalar ke pinggang jadi dua kerja tahan sakit, sakit lutut dan sakit pinggang, itu belum tambah satu lagi kesakitan yang menjalar ke punggung. Lagi double triple kesakitan nak duduk tak boleh dan berdiri lama pun tak boleh. Jadi solat tu baring. Alahai sedihnya.

Adeh adeh adeh…. Seksa kan?

Beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan kesakitan sakit lutut ni adalah dengan urutan. Urutan ni tidak lah mengembalikan gris yang habis di lutut dan sendi- sendi tetapi urutan mampu

ΓΌ  Melancarkan peredaran darah
ΓΌ  Melembutkan otot
ΓΌ  Melancarkan tenaga dalam badan

Jadi apabila otot lembut, darah dan tenaga dah lancar sudah pastinya tidak memberi beban kepada lutut.begitu juga bahagian- bahagian lain.
Urutan bukan sebarang urutan. Urutan Saraf Alhaudh berbeza dengan urutan tradisional di mana teknik urutan mengabungkan beberapa kaedah :

·       Urutan Tradisional
·       Urutan Yumeiho
·       Urutan Melayu Lama
·       Reflexologi
·       Urutan Sport Massage

Yang digabungkan menjadi Urutan Saraf Alhaudh yang membantu memulihkan dan meningkatkan kualiti pergerakan tubuh. Badan sihat dan ibadah dapat dilakukan dengan tenang.

Selain urutan, kaedah bekam dan akupuntur juga sangat bagus untuk terapi lutut, pinggang dan punggung.

Boleh hubungi

019 7524243
019 7524243
019 7524243


Pusat Terapi Naturopati Alhaudh
No 8a Jalan Pinang D 18/D Sekyen 18 Shah Alam
Waktu Operasi :
Selasa- Ahad
10am- 7pm
8.00pm – 10pm

Berminat dapatkan terapi kami, sila hubungi 0197524243 untuk temujanji.

Hanya temujanji akan dilayan sebab jadual kami sentiasa padat.





Tuesday 14 February 2017

BEKAM barang kemas ???

Ada golongan mengambil kesempatan dengan menjual nama terapis bekam. Perompak ini datang kerumah pelangan dan berpura2 sebagai pegawai kesihatan dan melakukan bekam ke atas pesakit lalu melarikan barang kemas pesakit.
Banyak perkara sebegini berlaku kepada pesakit atau pembekam itu sendiri. Saya sendiri agak takut untuk ke rumah pelangan tambahan waktu malam atas faktor keselamatan.
Sebab itu sejak tiga tahun lepas saya usahakan pusat terapi supaya ke dua belah pihak selesa. Bukan sengaja untuk tidak ke rumah pelangan kecuali pelangan itu dalam keadaan kronik. Saya mementingkan kebersihan dan keselamatan.
Perkara yang perlu diambil berat seorang pelangan ketika mendapatkan khidmat bekam atau perkidmatan kesihatan lain adalah :
1) siapa terapis tersebut dan dari persatuan perubatan mana. Supaya jelas terapis itu benar2 layak sebagai terapis. Kerana akta 775 PT&K telah dilaksanakan terhadap terapis tradisional dan komplementeri mewajibkan semua berdaftar dgn majlis pt&k. Jika melanggar akta ini akan didenda rm30 ribu.
Bila terapis itu mempunyai keahlian pt&k. Sudah pasti terapis itu berketampilan dan patuh pada kebersihan dan syarat perkhidmatan.
2) pastikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan anda. Jangan segan untuk bertanya HARGA yang akan dikenakan ke atas anda. Dan pastikan ada akad persetujuan untuk terapi dan harga yang akan anda terima. Kalau anda banyak duit sepah2 silakan.
3) Berhati2 memilih terapis dan pusat terapi. Pelangan cukup takut bila ditakutkan dengan diagnose "GANGGUAN" sihir, saka dan lain. Yang terapis itu gunakan untuk menyedut duit anda. Melainkan anda banyak duit dan rela. Silakan.
Jadi sila hati2.
4) banyakkan membaca tentang bekam, urutan dan akupuntur atau lain2 di blog sebelum dapatkan perkidmatan. Supaya anda lebih bersedia.
Blog saya : http://bekamspaaleyna.blogspot.my/
Selebihnya perkara kecil2 yang boleh diubah mengikut citarasa pelangan. Ada yg suka ala2 spa, ada yang suka pusat terapi seperti hospital, dan lain2 lagi Yang penting kebersihan perlu diutamakan.
Bekam sgt bagus untuk menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat. Tak perlu perdagangkan bekam sunnah kalau aurat sendiri terdedah, lelaki bekam perempuan, perempuan bekam lelaki yang mukan muhrim.
Bekamlah badan sedutlah darah, jgn sedut duit kerana itu bukan pembekam itu penyamun.




Dapatkan Perkhidmatan Bekam, akupuntur dan urutan saraf di Pusat Terapi Alhaudh
  • Bersih
  • Harga Berpatutan
  • Berpengalaman 
  • Mendapat pendidikan urutan, bekam dan akupuntur dalam dan luar negeri.
  • Pengamal berdaftar dengan PERHIJAM, ACUBEKAM, PERTUBEM dibawah Gapera.
    
untuk mengenali saya :  πŸ‘‡

Thursday 2 February 2017

KURSUS URUTAN SARAF WANITA ALHAUDH

KURSUS URUTAN SARAF WANITA ALHAUDH 2017

salam..
kursus urutan saraf tahap asas khusus wanita sahaja.

Tarikh : 18 - 19 FEB 2017
Tempat : Bilik Gerakan KRT Taman Bukit Tiram.
(Location akan diberikan selepas confirm).
Yuran : Rm 400 deposit Rm100
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa :  sabtu 9am- 5pm
              Ahad 9am-1pm
Rehat : Tghri dan Petang disediakan.
Whatsapp : Yan ( 011 2179 1865 ) utk booking tempat.


Tarikh : 25 & 26 MAC 2017
Tempat : Pusat Terapi Alhaudh
              No 8a jalan Pinang D 18/D Seksyen 18 Shah Alam
Yuran : Rm 450
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa :  sabtu 9am- 5pm
              Ahad 9am-1pm
Rehat : Tghri dan Petang disediakan.

Merangkumi :
πŸ“– Urutan seluruh badan
πŸ“– sengkak rahim
πŸ“– sengkak payudara
πŸ“– sengkak wajah
πŸ“– kaki tangan terseliuh
πŸ“– migrain / sakit kepala
πŸ“– sakit pinggang
πŸ“– asas reflexology

jika berminat. boleh daftar
✏nama penuh
✏ no ic
✏ no phone
✏ alamat

Untuk keterangan Lanjut mengenai Kursus boleh Whatsapp :

 0197524243
Pn Amalina


Tempat adalah terhad.Supaya peserta lebih focus!

 KURSUS URUTAN SARAF AlHAUDH

=> APAKAH YANG AKAN ANDA PELAJARI?
.
Mengenal kedudukan urat & Teknik urutan.
Di dalam kursus ini pelajar akan didedahkan point-point penting di dalam kaedah urutan saraf yang membantu melancarkan peredaran darah & merawat pelbagai masalah sakit tubuh dengan kaedah urutan.
.
Ilmu yang akan dipelajari ini boleh membantu utk merawat masalah:
- Sakit pinggang
- Sakit lutut
- Sakit bahu
- Sesak nafas
- Perut kembung
- Demam
- Kaki Kejang
- Kencing tak lawas
- Terseliuh
- Kebas tangan
- Kebas kaki
- Lesu tubuh
- Kurang selera makan


BONUS!!

- Rakaman video dibenarkan.
- Nota bergambar.
- Urutan menegangkan muka.
- Sengkak muka, payudara & rahim (wanita)
- Di masukkan ke dalam group wassap alumni. Sesi pembelajaran berterusan di online.
----------------------------------------------



Wednesday 11 January 2017

Bekam wajah


Bekam wajah semakin mendapat sambutan pada masa ini kerana banyak memberi manfaat antaranya :

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuat otot wajah menjadi anjal 
  • Meningkatkan regenerasi sel kulit
  • Menghilangkan ketegangan akibat stress
  • Merawat bell palsy / lumpuh wajah
  • Merawat masalah resdung
  • Merawat jerawat / bisul di muka atau kepala
  • Merawat masalah mata
  • Merawat masalah penglihatan
  • Merawat masalah sakit gigi
  • Merawat masalah telinga berdesing

Bekam wajah kini mendapat sambutan dari kalangan pelajar sekolah sehingga berusia untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


Ramai yang datang untuk mendapatkan bekam wajah, bertanyakan soalan yang sama :

1) Sakit tak bekam?

Sakit atau tidak sakit bergantung penerimaan seseorang. Setakat hari ini belum ada customer yang menangis-nangis kesakitan.

2) Kesan lebam bekam di wajah ambil berapa lama untuk kembali normal ?

Bergantung kepada terapis itu, kaedah yang digunakan akan mengurangkan kesan lebam dan kesakitan. Juga bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi. Bertambah gelap kesan lebam menunjukkan kesumbatan atau kulit bermasalah. Jika kesan lebam yang agak gelap ambil masa 1 minggu untuk pulih kepada kulit asal. paling cepat, tiada kesan lebam.



3) Selepas bekam, jerawat makin naik. kenapa?

Berkemungkinan kulit amat sensitif pada minyak, atau kulit tidak dijaga rapi selepas bekam dan makan tidak dijaga. amalkan bekam 2 or 3 dalam sebulan untuk memastikan peredaran darah betul - betul lancar.


Berminat dapatkan terapi bekam wajah ?

boleh hubungi saya amalina 019 7524243

lelaki dan perempuan boleh menempah slot.\

bekam wajah murah dan bersih di shah alam rm50

Pusat Terapi Alhaudh
No 8a jalan pinang d 18/d seksyen 18 shah alam
*bekam *bekam lintah *akupuntur *urutan saraf  *urusan bersalin *yumeiho
019 7524243