Tuesday 14 February 2017

BEKAM barang kemas ???

Ada golongan mengambil kesempatan dengan menjual nama terapis bekam. Perompak ini datang kerumah pelangan dan berpura2 sebagai pegawai kesihatan dan melakukan bekam ke atas pesakit lalu melarikan barang kemas pesakit.
Banyak perkara sebegini berlaku kepada pesakit atau pembekam itu sendiri. Saya sendiri agak takut untuk ke rumah pelangan tambahan waktu malam atas faktor keselamatan.
Sebab itu sejak tiga tahun lepas saya usahakan pusat terapi supaya ke dua belah pihak selesa. Bukan sengaja untuk tidak ke rumah pelangan kecuali pelangan itu dalam keadaan kronik. Saya mementingkan kebersihan dan keselamatan.
Perkara yang perlu diambil berat seorang pelangan ketika mendapatkan khidmat bekam atau perkidmatan kesihatan lain adalah :
1) siapa terapis tersebut dan dari persatuan perubatan mana. Supaya jelas terapis itu benar2 layak sebagai terapis. Kerana akta 775 PT&K telah dilaksanakan terhadap terapis tradisional dan komplementeri mewajibkan semua berdaftar dgn majlis pt&k. Jika melanggar akta ini akan didenda rm30 ribu.
Bila terapis itu mempunyai keahlian pt&k. Sudah pasti terapis itu berketampilan dan patuh pada kebersihan dan syarat perkhidmatan.
2) pastikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan anda. Jangan segan untuk bertanya HARGA yang akan dikenakan ke atas anda. Dan pastikan ada akad persetujuan untuk terapi dan harga yang akan anda terima. Kalau anda banyak duit sepah2 silakan.
3) Berhati2 memilih terapis dan pusat terapi. Pelangan cukup takut bila ditakutkan dengan diagnose "GANGGUAN" sihir, saka dan lain. Yang terapis itu gunakan untuk menyedut duit anda. Melainkan anda banyak duit dan rela. Silakan.
Jadi sila hati2.
4) banyakkan membaca tentang bekam, urutan dan akupuntur atau lain2 di blog sebelum dapatkan perkidmatan. Supaya anda lebih bersedia.
Blog saya : http://bekamspaaleyna.blogspot.my/
Selebihnya perkara kecil2 yang boleh diubah mengikut citarasa pelangan. Ada yg suka ala2 spa, ada yang suka pusat terapi seperti hospital, dan lain2 lagi Yang penting kebersihan perlu diutamakan.
Bekam sgt bagus untuk menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat. Tak perlu perdagangkan bekam sunnah kalau aurat sendiri terdedah, lelaki bekam perempuan, perempuan bekam lelaki yang mukan muhrim.
Bekamlah badan sedutlah darah, jgn sedut duit kerana itu bukan pembekam itu penyamun.




Dapatkan Perkhidmatan Bekam, akupuntur dan urutan saraf di Pusat Terapi Alhaudh
  • Bersih
  • Harga Berpatutan
  • Berpengalaman 
  • Mendapat pendidikan urutan, bekam dan akupuntur dalam dan luar negeri.
  • Pengamal berdaftar dengan PERHIJAM, ACUBEKAM, PERTUBEM dibawah Gapera.
    
untuk mengenali saya :  ðŸ‘‡

Thursday 2 February 2017

KURSUS URUTAN SARAF WANITA ALHAUDH

KURSUS URUTAN SARAF WANITA ALHAUDH 2017

salam..
kursus urutan saraf tahap asas khusus wanita sahaja.

Tarikh : 18 - 19 FEB 2017
Tempat : Bilik Gerakan KRT Taman Bukit Tiram.
(Location akan diberikan selepas confirm).
Yuran : Rm 400 deposit Rm100
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa :  sabtu 9am- 5pm
              Ahad 9am-1pm
Rehat : Tghri dan Petang disediakan.
Whatsapp : Yan ( 011 2179 1865 ) utk booking tempat.


Tarikh : 25 & 26 MAC 2017
Tempat : Pusat Terapi Alhaudh
              No 8a jalan Pinang D 18/D Seksyen 18 Shah Alam
Yuran : Rm 450
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa :  sabtu 9am- 5pm
              Ahad 9am-1pm
Rehat : Tghri dan Petang disediakan.

Merangkumi :
📖 Urutan seluruh badan
📖 sengkak rahim
📖 sengkak payudara
📖 sengkak wajah
📖 kaki tangan terseliuh
📖 migrain / sakit kepala
📖 sakit pinggang
📖 asas reflexology

jika berminat. boleh daftar
✏nama penuh
✏ no ic
✏ no phone
✏ alamat

Untuk keterangan Lanjut mengenai Kursus boleh Whatsapp :

 0197524243
Pn Amalina


Tempat adalah terhad.Supaya peserta lebih focus!

 KURSUS URUTAN SARAF AlHAUDH

=> APAKAH YANG AKAN ANDA PELAJARI?
.
Mengenal kedudukan urat & Teknik urutan.
Di dalam kursus ini pelajar akan didedahkan point-point penting di dalam kaedah urutan saraf yang membantu melancarkan peredaran darah & merawat pelbagai masalah sakit tubuh dengan kaedah urutan.
.
Ilmu yang akan dipelajari ini boleh membantu utk merawat masalah:
- Sakit pinggang
- Sakit lutut
- Sakit bahu
- Sesak nafas
- Perut kembung
- Demam
- Kaki Kejang
- Kencing tak lawas
- Terseliuh
- Kebas tangan
- Kebas kaki
- Lesu tubuh
- Kurang selera makan


BONUS!!

- Rakaman video dibenarkan.
- Nota bergambar.
- Urutan menegangkan muka.
- Sengkak muka, payudara & rahim (wanita)
- Di masukkan ke dalam group wassap alumni. Sesi pembelajaran berterusan di online.
----------------------------------------------