Minggu ini sahaja dah 4 orang mengalami masalah Bellpalsy dan bertanyakan untuk terapi yang sesuai untuk bellpalsy.
Bellpalsy ini apa sebenarnya?
Bellpalsy adalah sejenis kelumpuhan muka yang mengakibatkan ketidakmampuan mengawal otot muka dibahagian terjelas. sama ada kiri atau kanan wajah. Gejala bellpalsy ini berbeza dari peringkat ringat sehingga teruk. Boleh terjadi kekejangan otot wajah, kelemahan atau kehilangan keupayaan untuk senyum dan menutup mata.
Penyebab Bellpalsy
Secara khususnya tidak dapat diketahui kenapa boleh terjadi kelumpuhan wajah ini. tetapi menurut tcm kelumpuhan wajah ini boleh terjadi disebabkan otot dikuasai oleh organ hati, jika berlaku ekses pada hati atau defisiensi pada hati akan menganggu otot.
Otot wajah yang terkena PPL akan memberi kesan pada meridian di wajah menjadikan wajah kaku. Selalunya penderita bellpalsy akan terasa sakit apabila terkena angin sejuk dari luar.
Gejala Bellpalsy
Bellpalsy ini akan menyerang tiba- tiba tetapi kebiasaannya penderita akan rasanya sintom awal :
1) Wajah sebelah terasa sejuk
2) Lidah terasa kebas
3) Leher dan bahu terasa sakit
4) Percakapan akan terasa kaku
5) sukar untuk minum atau menelan
Ada dua jenis bellpalsy.
1) bellpalsy yang tidak boleh menutup mata. otot wajah kaku tidak bergerak.
2) bellpalsy yang mata tertutup, otot wajah jatuh ke bawah. mulut mereng ke bawah.
Kaedah pengubatan
Penderita bellpalsy kebiasaannya akan mendapatkan diagnosa daripada hospital pakar dengan melakukan Mri dan lain-lain untuk mengetahui punya. Pelbagai kemungkinan lain yang terjadi disebabkan darah tinggi, infection virus, tumur otak, penyakit lymp dan saraf dari otak menekat otot dan sebagainya. Kebiasaanya doktor akan beri ubat dan lakukan fisio wajah.
Pengubatan kaedah akupuntur.
Pengubatan akupuntur telah wujud beribu tahun lampau dari zaman dinasti dan sehingga hari ni akupuntur telah berkembang dan telah banyak membantu dalam kes kesihatan.
untuk kes bellpalsy, akupuntur memainkan peranan untuk membantu menormalkan tenaga dan memperbaiki jaringan meridian dan organ.
Seharusnya sangat bagus sebagai terapi untuk bellpalsy.
Terapi : 5x - 10x terapi dilakukan 2 hari sekali.
Untuk mendapatkan terapi akupuntur boleh hubungi
Alhaudh Training and Wellness Centre
No 8a jalan Pinang d 18/d seksyen 18 shah alam
whatsapp untuk temujanji
0197524243
No comments:
Post a Comment