Tuesday, 14 February 2017

BEKAM barang kemas ???

Ada golongan mengambil kesempatan dengan menjual nama terapis bekam. Perompak ini datang kerumah pelangan dan berpura2 sebagai pegawai kesihatan dan melakukan bekam ke atas pesakit lalu melarikan barang kemas pesakit.
Banyak perkara sebegini berlaku kepada pesakit atau pembekam itu sendiri. Saya sendiri agak takut untuk ke rumah pelangan tambahan waktu malam atas faktor keselamatan.
Sebab itu sejak tiga tahun lepas saya usahakan pusat terapi supaya ke dua belah pihak selesa. Bukan sengaja untuk tidak ke rumah pelangan kecuali pelangan itu dalam keadaan kronik. Saya mementingkan kebersihan dan keselamatan.
Perkara yang perlu diambil berat seorang pelangan ketika mendapatkan khidmat bekam atau perkidmatan kesihatan lain adalah :
1) siapa terapis tersebut dan dari persatuan perubatan mana. Supaya jelas terapis itu benar2 layak sebagai terapis. Kerana akta 775 PT&K telah dilaksanakan terhadap terapis tradisional dan komplementeri mewajibkan semua berdaftar dgn majlis pt&k. Jika melanggar akta ini akan didenda rm30 ribu.
Bila terapis itu mempunyai keahlian pt&k. Sudah pasti terapis itu berketampilan dan patuh pada kebersihan dan syarat perkhidmatan.
2) pastikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan anda. Jangan segan untuk bertanya HARGA yang akan dikenakan ke atas anda. Dan pastikan ada akad persetujuan untuk terapi dan harga yang akan anda terima. Kalau anda banyak duit sepah2 silakan.
3) Berhati2 memilih terapis dan pusat terapi. Pelangan cukup takut bila ditakutkan dengan diagnose "GANGGUAN" sihir, saka dan lain. Yang terapis itu gunakan untuk menyedut duit anda. Melainkan anda banyak duit dan rela. Silakan.
Jadi sila hati2.
4) banyakkan membaca tentang bekam, urutan dan akupuntur atau lain2 di blog sebelum dapatkan perkidmatan. Supaya anda lebih bersedia.
Blog saya : http://bekamspaaleyna.blogspot.my/
Selebihnya perkara kecil2 yang boleh diubah mengikut citarasa pelangan. Ada yg suka ala2 spa, ada yang suka pusat terapi seperti hospital, dan lain2 lagi Yang penting kebersihan perlu diutamakan.
Bekam sgt bagus untuk menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat. Tak perlu perdagangkan bekam sunnah kalau aurat sendiri terdedah, lelaki bekam perempuan, perempuan bekam lelaki yang mukan muhrim.
Bekamlah badan sedutlah darah, jgn sedut duit kerana itu bukan pembekam itu penyamun.




Dapatkan Perkhidmatan Bekam, akupuntur dan urutan saraf di Pusat Terapi Alhaudh
  • Bersih
  • Harga Berpatutan
  • Berpengalaman 
  • Mendapat pendidikan urutan, bekam dan akupuntur dalam dan luar negeri.
  • Pengamal berdaftar dengan PERHIJAM, ACUBEKAM, PERTUBEM dibawah Gapera.
    
untuk mengenali saya :  ðŸ‘‡

No comments:

Post a Comment