Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini tak mengira usia kebanyakkannya 30an ke atas dan tidak mustahil berlaku seawal 20an. Ada pelangan yang datang dengan sakit gout dikatakan dari keturunan. Pada pendapat saya penyakit yang turun ini ada kaitan dengan pemakanan.
Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Punca gout antaranya ialah:
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.
Pencegahan
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, Acai berry, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut
1) Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin
36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. amalkan permakanan Cendawan/GANODERMA
16. Acai Berry
17. Penggambilan HABBATUSSAUDA
18. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Rawatan Tradisional
1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
4)Amalkan berbekam setiap bulan. Insya Allah hasil daripada pemerhatian ke atas pelangan ramai yang dapat mengawal penyakit gout dengan berbekam secara istiqamah dan menjaga makanan.
Penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.
Jika berminat dapatkan terapi Gout. Boleh hubungi Amalina 019 7524243. Terapis Lelaki disediakan.
Kaedah Bekam Lintah terbukti berkesan untuk melegakan kesakitan gout dan merawat pengakit gout dengan kombinasi terapi seperti Akupuntur dan Bekam Darah.
No comments:
Post a Comment