Tuesday, 26 November 2013

Soalan Lazim tentang Bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak, ini kerana kami menggunakan kaedah PEN BEKAM di dimana ia menggunakan jarum bukam pisau sayatan. Tusukan yang dilakukan oleh pen ini sangat laju sehingga anda tidak sedar akan tusukan mengenai kulit anda. Kaedah ini mirip kaedah "blood test"


2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?

Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan strelize menggunakan mesin strelizer untuk menghapus kuman sebaik sahaja selesai digunakan.


3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?


Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.


4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?


Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan. Walau bagaimana pun anda boleh refer kepada kami untuk mendapatkan pilihan rawatan lain.


5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?


Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.


6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?


Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.


7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?


Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.


8) Apakah pantang larang selepas berbekam?


Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.


9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?


Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.


10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?


Biasanya untuk Bekam Sunnah 11 cup mengambil masa 1 jam setengah dan bergantung kepada keadaan pesakit jumlah cup di perlukan. Sebelum bekam sesi diagnose akan dilakukan untuk mengenalpasti penyakit yang ada dan pemilihan berapa banyak cup bergantung kepada organ badan yang perlu dirawat. 

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.



12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?


Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.


13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?


Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.


14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?


Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.


15) Bagaimana yang dikatakan dengan Bekam Rugyah untuk gangguan sihir dan saka ?

Bekam Rugyah dijalankan seperti bekam darah tetapi disertakan dengan bacaan ayat al - quran. Dengan berbekam syaitan dan jin yang menumpang di darah akan turun serta keluar dari darah - darah bekam. 


No comments:

Post a Comment