Monday, 15 October 2012

GHURAH RESDUNG

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan.

Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Ghurah adalah suatu pengubatan tradisional yang begitu praktik di amalkan pada masa dahulu. Ianya menggunakan campuran bahan-bahan organik, dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Tetapi ianya begitu kesan sekali. Dengan Kos yang murah, kami akan memberikan khidmat Ghurah kepada anda yang berminat.

Gurah adalah tindakan membersihkan dan mengeluarkan lendir yang kotor, beracun, dan mengandung berbagai kuman penyakit. Terapi ini bermanfaat mengeluarkan kahak atau lendir yang terdapat di rongga hidung dan tenggorokan.


Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.
Bagi yang kerap berdengkur sampai tak 'ingat dunia kan' rawatan ini turut membantu untuk mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap.



Rawatan Ghurah RM40 (percuma sabun resdung dan khidmat nasihat)

Rawatan Ghurah + Akupuntur : RM 65 



No comments:

Post a Comment