Tuesday, 20 September 2016

SAKIT TUMIT


Sakit tumit...

Kebanyakkan kita terasa sakit tumit tanpa tahu sebabnya.Bangun pagi pijak lantai dah terasa sakit.
pakai kasut pun rasa sakit, apatah lagi bila perlu berjalan banyak. sakit yang amat..

disini ada sedikit perkongsian mengenai sakit tumit

1) Tulang yang membentuk tumit kita dipanggil sebagai Calcaneum. Calcaneal spur pula adalah unjuran tulang yang dipanggil sebagai osteophyte yang berlaku pada tulang calcaneum.

2) Selalunya unjuran ini terbentuk disebabkan tekanan yang berterusan pada bahagian tumit dan menyebabkan terbentuknya gumpalan kalsiumpada tempat yang terlibat. Disebabkan tekanan yang diberi adalah berterusan pada masa yang lama, ini akan menghasilkan satu unjuran daripada tulang itu sendiri

3) Masalah ini selalunya berlaku pada orang yang obese, ‘flat footed patient’ dan juga mereka yang menggunakan kasut tumit tinggi. Ini disebabkan tekanan tinggi yang dihadapi oleh tumit tersebut

4) Ketika mana stress pada tumit itu berlebihan, ianya akan mencederakan tisu disekelilingkan tumit dan menyebabkan tumit terasasakit. Inilah yang selalu dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah calcaneal spur

..................................................................................................................................................

 Cara-cara untuk mengurangkan sakit tersebut adalah:



  • Senaman. kebanyakkan orang yang sakit tumit disebabkan kurang bersenam. jadi perlu buat senaman kuatkan betis.
  • kurangkan berat badan. insya Allah akan hilang sakit tumit
  • gunakan pelapik lembut bawah kaki (insoles) untuk kurangkan stree pada tumit.
  • elakkan aktiviti dan senaman yang heavy yang memberi stress pada tumit.

Urutan, Bekam dan Akupuntur juga dapat membantu merawat sakit tumit.

Boleh hubungi saya Amalina 019 752 4243 untuk maklumat lanjut.




Lebihan tulang dari tumit yang kelihatan dipanggil calcaneal spur