Assalamualaikum...
Masalah kelemumur dan rambut gugur seringkali menghantui kita tambahan pula setelah melahirkan anak.
Punca masalah kelemumur Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata
keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia
globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.
Ia kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul yang dirembeskan dan keadaan
itu menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kulit kepala. Ia adalah
punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadilah kelemumur yang
bagaikan kepingan salji jatuh ke bumi itu
“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini,
menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran,
yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk
Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada
sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala
disebabkan iritasi kelemumur.
“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara
berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan
kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia
menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan
lama-kelamaan pecah,” katanya pada bengkel media ‘Head& Shoulders’,
baru-baru ini.
Terangnya lagi, kajian klinikal menunjukkan, rambut yang berhadapan
masalah kelemumur ‘sakit’ apabila rambut sekitar kawasan dihinggapi,
tidak begitu berkilat atau anjal, iaitu keadaan menunjukkan tanda bahawa
kualiti rambut merosot, selain strukturnya yang semakin lemah.
“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah
rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan
seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan
mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat
kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu
berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.
Sebetulnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan saja
terdapat pada bahagian kulit kepala, dengan keadaan seperti serbuk
putih, tetapi dalam kes yang teruk, ada jenis berkuping dan merebak
hingga ke bahagian lain termasuk kening, hidung, dahi dan bahagian
belakang telinga.
Masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi
mengubati penyakit dan bayi yang baru lahir, tetapi untuk bayi ia
dipanggil cradle cap.
Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu
bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan
antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya
kembali berulang.
Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap
kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur.
Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang
baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur
selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.
Sementara itu, saintis Procter &
Gamble
(P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur
bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu
menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.
“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai
pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini
kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu
mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau
kurang nutrien,” katanya.
Antara produk yang disyorkan adalah Aura Mahkota. Terdapat shampoo dan hair booster. Produk ini keluaran bumiputera Malaysia yang menggunakan Ekstrak Ylang-Ylang, Limau Purut & Aloe Vera (Shampoo). dan Ektrak Bunga Raya & Minyak Kelapa Dara (Hair Booster ).
Shampu
Kandungan : D.I Water, VCO, Citrus Hystrix, Olive Oil, Glycerine, Seven Herbs Extract, Aloe Vera, Tetrasidium EDTA, SLS, Cocamidopropyl Betaine, Cocomide MEA, Glycol Distearate, Botanical Extract, Demiticonol, Propylene Glycol
Aura Mahkota Alami syampu kembalikan kecantikan rambut dengan shampu herba botanical ekstrk, mengstruktur semula rambut, mencegah keguguran serta mengaktifkan semua sel-sel rambut, melembut serta menyihatkan semula rambut, mengandungi ekstrak aloe vera, ylang-ylang, avocado dan minyak kelapa dara, mampu mengembalikan rambut agar sentiasa sihat, hitam serta bersinar
Hair Booster
Kandungan : Jojoba, Virgin Coconut Oil, Olive Oil, Aloe Vera, Birch, Mother of Thyme, Horse Tail, Hibiscus Rosa Sinensis & Stinging Nettle
Aura Mahkota Alami Hair Booster mengaktifkan sel sel rambut, memperkuatkan akar rambut, membunuh kuman atau bakteria di dalam lapisan kulit kepala, menstabilkan pengeluaran peluh serta minyak pada akar rambut, mencegah keguguran, mencegah dan mengawal pertumbuhan uban dan rambut menjadi hitam bersinar.
Set Rawatan Rambut RM99
Percuma perfium
Di Bekam Spa Aleyna juga ada menyediakan perawatan rambut gugur dan kelemumur dengan kaedah
akupuntur + massage + hair booster
hanya RM40 satu sessi
Call 019 7524243 - amalina
untuk tempahan